Zulhilmi bin Shalehuddin .
Diterbitkan pada 3 Februari 2025, 15:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi jawatan tersebut menggantikan YBhg. Dato’ Setia Haji Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Januari lalu dan diumumkan menerusi suatu kenyataan di laman Facebook rasmi Pejabat SUK Negeri Selangor.

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin atas pelantikan selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa 3 Februari 2025.

YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli, 53, berkelulusan Ijazah Kedoktoran Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sains Malaysia memulakan tugasnya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada awal kariernya.

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Kluster Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu pada tahun 2019.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang (kini dikenali Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada tahun 2020 sebelum ditugaskan sebagai pegawai kewangan negeri pada Disember 2021.

Di samping itu, beliau turut berpengalaman dalam pentadbiran daerah apabila beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, selain pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi