Diterbitkan pada 22 Januari 2025, 16:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Perlis – Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis telah mengadakan aktiviti riadah kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akhir pada awal tahun 2025.

Aktiviti riadah ini memberikan peluang kepada pelajar untuk bersantai dan merehatkan minda, selain mempereratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar serta memberikan sokongan dalam menguruskan tekanan menjelang peperiksaan.

Menurut Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Perlis, Datin Eliy Nazira Mat Nazir, menyatakan bahawa aktiviti riadah para pelajar dapat melepaskan tekanan dan menyegarkan minda mereka agar dapat menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang dan fokus.

Tambah beliau,

“Ini adalah salah satu pendekatan yang menyeluruh dalam memastikan kesejahteraan mental pelajar terjaga, di samping memberikan mereka ruang untuk berehat sebelum menghadapi cabaran akademik yang besar.

Aktiviti ini turut menekankan pentingnya keseimbangan antara usaha akademik dan kesihatan mental serta memberi peluang kepada pelajar untuk merefleksikan perjalanan mereka dalam program pengajian mereka,” jelas beliau lagi.

Pada masa yang sama, mantan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Dr. Shukor Sanim Mohd  Fauzi turut berkesempatan meluangkan masa bersama-sama pelajar kursus MGT538: Pembangunan Diri dan Etika dalam aktiviti riadah yang diadakan di Tasik Elham, UiTM Cawangan Perlis.

 

 

Aktiviti riadah memupuk nilai bekerjasama, ukhwah, kreativiti dan meningkatkan komunikasi serta keyakinan diri dalam kalangan mahasiswa.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi