Diterbitkan pada 16 Januari 2025, 20:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Alor Setar – Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM18.0 juta bagi melindungi sebanyak 300,000 ketua isi rumah bermula pada 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2025 melalui Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR 2.0) yang memberikan manfaat kepada keluarga waris masing-masing.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah menyerah polisi perlindungan kepada 250 ketua isi rumah miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih bersempena dengan Program Jelajah SIKR 2.0 Peringkat Negeri Kedah di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah.
YBrs. Nik Nasarudin Mohd Zawawi menyerahkan dokumen polisi perlindungan insurans kepada seorang peserta sambil diperhatikan oleh YBrs. Wan Saifulrizal Wan Ismail (tengah).
Menurut beliau, melihat akan keberkesanan dan manfaat yang diterima oleh waris apabila ketua isi rumah meninggal dunia, maka skim itu diteruskan bagi tahun 2024-2025.
SIKR merupakan satu inisiatif kerajaan dalam usaha menjaga kebajikan
sosial serta memastikan kelangsungan kesejahteraan hidup rakyat dapat dicapai sepenuhnya setelah golongan miskin tegar dan miskin didaftarkan di dalam sistem eKasih yang mula dilaksanakan pada 1 September 2022 selepas diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) pada 23 Mac 2022.
“Melalui SIKR 2.0, sekiranya berlaku kematian secara semula jadi ke atas
KIR, waris atau ahli keluarga layak menerima sebanyak RM10,500. Manakala KIR meninggal dunia akibat kemalangan layak menerima pampasan sebanyak RM25,500 dan bagi KIR hilang upaya kekal pula (bagi semua punca) layak menerima pampasan sebanyak RM10,500,” ujar YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin.
“Sehingga 31 Disember 2024 lalu, sebanyak 356 kematian KIR telah direkodkan dan proses bayaran sedang dalam tindakan pihak Prudential Bank Simpanan National Takaful Berhad (PruBSN) dengan melibatkan sekitar RM3.6 juta nilai pampasan,” tambah beliau.
Para peserta menerima sumbangan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat 2.0.
Program Jelajah SIKR 2.0 ini adalah anjuran melalui kerjasama ICU-JPM dan PruBSN.
Turut hadir dalam Program Jelajah SIKR Kedah ialah Ketua Pegawai Eksekutif (PruBSN), YBrs. Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail.
Kredit Foto: Abd Razak Osman
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi