Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 11 Januari 2025, 16:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), menerusi Menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah melancarkan Plak TASKA berdaftar bertempat di Taska Seri Kandi, Jabatan Audit Negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam satu kenyataan media, pihak KPWKM akan memastikan sistem pengasuhan dan penjagaan awal kanak-kanak di negara ini berada pada tahap yang terbaik, selamat dan berkualiti.

KWPKM berkata, pemasangan Plak TASKA Berdaftar ini adalah satu usaha dan solusi terbaik bagi memastikan ibu bapa atau penjaga menghantar anak ke TASKA yang berdaftar serta membantu usaha kerajaan menangani isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak di TASKA. Usaha ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan masyarakat bahawa setiap TASKA yang berdaftar mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

Menurut KWPKM,

Bagi TASKA yang telah berdaftar, memberi maksud bahawa TASKA tersebut telah mematuhi standard minimum yang ditetapkan dan berpegang kepada perkara ini, kementerian juga mengambil inisiatif baharu bagi tahun 2025, iaitu dengan mewujudkan Plak TASKA Berdaftar memastikan masyarakat dapat mengetahui sama ada sesebuah TASKA itu berdaftar atau tidak dengan pantas dan tuntas selain daripada membuat semakan di laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat di www.jkm.gov.my.

Tambah KWPKM,

Semua TASKA berdaftar diwajibkan mempamerkan Plak TASKA Berdaftar ini di tempat yang mudah dilihat di luar premis masing-masing dengan memastikan ibu bapa atau masyarakat dapat melihat dengan jelas kewujudan plak tersebut. Setakat ini sebanyak 3198 buah TASKA berdaftar akan terlibat dalam inisiatif pemasangan plak ini.

Justeru, Kementerian turut menyeru semua pihak terutama bagi TASKA yang belum berdaftar agar segera melaksanakan proses pendaftaran melalui inisiatif pemasangan Plak Pendaftaran dalam memastikan jumlah TASKA berdaftar terus bertambah,sekaligus meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke TASKA berkenaan.

Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat,YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd. Zain; Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) JKM,YBrs. Puan Rosmahwati binti Ishak; Pengarah Jabatan Pembangunan KanakKanak(JPKK) YBrs. Dr. Sopian bin Haji Brahim, serta warga kerja kementerian, jabatan dan agensi.

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi