Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPerlis – Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Siti Noor Ismail (UUM) menghasilkan aplikasi Smart eQIAS bagi mengatasi masalah yang berlaku di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPAK), iaitu Tadika dan Taska.
YBrs. Profesor Madya Dr. Siti Noor Ismail yang juga Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC), UUM juga mengatakan bahawa aplikasi yang dihasilkan ini pasti dapat mengenal pasti PPAK yang beroperasi secara tidak sah atau tidak berdaftar dengan pihak berwajib. Katanya,
Dengan menggunakan aplikasi ini sudah tentu kecuaian pengasuh sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian bayi dapat dikawal seperti yang dipaparkan dalam media pada hari ini.
Melalui sistem Smart e-QIAS, penambahbaikan pasti dapat dilakukan termasuklah amalan kualiti dan juga memantau perkembangan di PPAK dengan mudah dan cepat.

Selain itu, sistem Smart e-Qias ini juga mempunyai fungsinya yang tersendiri, iaitu Pengukuran dan Pemantauan Tahap Amalan Kualiti di semua PPAK di negara ini dengan mudah, cepat, tepat dan menggalakkan konsep Ecogreen serta tidak perlu menggunakan kertas lagi.
Bagi penarafan pula, aplikasi ini dapat menilai tahap amalan kualiti yang mereka lakukan pada setiap hari berdasarkan bilangan star yang diperloleh apabila mereka menjawab instrument pengukuran yang telah ditetapkan oleh e-QIAS sama ada sangat memuaskan, memuaskan, kurang memuaskan atau tidak memuaskan.
Pada masa yang sama, aplikasi ini juga akan menjejak mana-mana PPAK yang masih tidak mendaftarkan lagi pengoperasian mereka menerusi fungsi Geotagging.