Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 28 November 2024, 17:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan fasa pertama untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM sesi 2025/2026 akan dibuka kepada pelajar lepasan SPM mulai 1 Disember hingga 28 Februari 2025.

Menurut KPM, permohonan bagi fasa kedua dan pengemaskinian maklumat akan dibuka selepas lima hari keputusan SPM 2024 diumumkan dan program ini adalah percuma kepada pelajar lepasan SPM dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my/ untuk permohonan.

Tambah KPM,

Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM melalui laman sesawang dalam tempoh 21 hari selepas keputusan SPM tahun 2024 diumumkan.

KPM juga menegaskan bahawa pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi  KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman  sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi