Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 28 Oktober 2024, 16:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya-  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran  (PdP)  secara dalam talian atau hibrid khusus kepada pelajar serta pengajar beragama Hindu di seluruh institusi Pendidikan Tinggi Awam bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada 31 Oktober 2024.

Melalui perbincangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama jabatan terlibat, kemudahan sesi PdP ini akan bermula 28 Oktober hingga 1 November 2024.

Pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga masing-masing.

Dalam kesempatan itu, kementerian juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar,pengajar, warga KPT dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi