Diterbitkan pada 18 Oktober 2024, 19:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Festival Jubli Emas UiTM Cawangan Perlis bukan sahaja menjadi platform untuk mempromosikan institusi pendidikan tersebut, malah turut memberikan peluang kepada masyarakat tempatan untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti jualan produk tempatan. 

Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd. Fauzi, festival ini juga menyokong ekosistem perniagaan komuniti setempat.

“Program-program di bawah festival ini bukan sahaja meningkatkan visibiliti UiTM Perlis sebagai institusi pendidikan, malah turut membantu komuniti mempromosikan produk mereka kepada orang ramai,” jelas beliau dalam ucapan pelancaran festival tersebut di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR UiTM Cawangan Perlis.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur yang telah berjaya menjayakan festival itu dengan meriah sambil melawat beberapa reruai pempamer yang mengambil bahagian.

Festival tersebut menarik pelbagai pempamer termasuk agensi kerajaan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), serta komuniti tempatan dan luar negeri Perlis.

YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi melawati beberapa reruai pempamer di Festival Jubli Emas UiTM Cawangan Perlis.

YBrs. Pengarah Trivia Jubli Emas, Dr. Helyati Abu Hassan Shaari, berkata pameran ini disertai oleh syarikat dan organisasi seperti Athanliz, Unit Zakat UiTM, Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC), Wahyuni Spa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN), CUEPACS, Perpustakaan Perlis, myUS, PTPTN, One Optometry Kangar Jaya, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), PERKESO, Unit LADANG, Syarikat Leprang dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Majlis Perasmian Festival Jubli Emas telah dihadiri oleh Pengarah Karnival Jubli Emas, YBrs Ts. Dr. Zuliahani Ahmad; Pengarah Karnival Geomatik, YBrs. Sr. Dr. Norshahrizan Mohd Hashim dan Pengarah Maths and Net Mashup Day 2024, Suzanawati Abu Hasan serta para pengarah agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Kredit Foto: UKK UiTM Cawangan Perlis
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi