Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak RM8.5 bilion bagi menaik taraf taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara.
Hingga tahun 2024, sebanyak 1091 sekolah daif di seluruh negara telah di naik taraf termasuklah 339 yang dilaksanakan di Sabah, 400 di Sarawak dan 352 lagi di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
Setakat 11 Oktober 2024, sebanyak 717 projek telah siap sepenuhnya, 183 dalam pembinaan, 176 berada pada peringkat prabina dan 15 lagi sedang dinilai semula.

Dalam kenyataan medianya, KPM memaklumkan bahawa tempoh pembinaan bagi pelaksanaan projek ini adalah di antara enam bulan hingga 36 bulan, tertakluk pada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.
Menurut KPM lagi, bagi memperkasakan pelaksanaan projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
KPM turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal bagi menyelaraskan pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI.
Justeru, KPM bertekad akan terus menjadikan insiatif projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara sebagai keutamaan bagi memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat dipertingkat.