Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman tentang pertukaran cuti hujung minggu di Johor kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 seperti yang dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia, Tengku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan negeri Johor akan diletakkan bersama-sama dengan kawasan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor dalam Kumpulan B yang menetapkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu.
Perubahan Kalendar Akademik sidang 2024/2025 dan juga 2025/2026 akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025 tahun hadapan.