Diterbitkan pada 6 Oktober 2024, 11:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ipoh – Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Majis Bandaraya Ipoh hari ini dimulakan dengan Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBrs. Dr. Hazami Jahari.

Orang ramai mula membanjiri dataran ini seawal jam 6.15 pagi untuk sama-sama beriadah dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik, antaranya termasuklah senam robik. Tepat jam 7. 20 pagi, sebanyak 400 orang peserta memulakan acara Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa sejauh tiga kilometer.

Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBP.
Para perserta turut membawa anak-anak kecil menyertai Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa.

Para perserta turut dibekalkan dengan majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa, Dewan Pelajar  dan lain-lain serta diberikan sarapan dalam perjalanan menuju ke garisan penamat.

Mereka juga berpeluang membaca sepanduk yang tertera dengan tulisan Jawi oleh petugas-petugas DBP dan diberikan buku secara percuma di khemah urus setia sebaik sahaja tiba di garisan penamat kira-kira jam 7.55 pagi.

Langkahan sambil membaca sepanduk yang tertera tulisan Jawi.
Para perserta memilih majalah yang diberikan secara percuma oleh DBP sebaik tiba di garisan penamat.

Para peserta langkahan tidak pulang dengan tangan kosong bahkan mereka juga berpeluang memenangi 24 hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh DBP.

Turut bersama-sama dalam acara ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham Rahman; dan Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh, YBrs. Tuan Ahmad Munir Ishak.

Kredit Foto: Farid Januddin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi