Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 26 September 2024, 13:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir melalui Gerakan Briged Sukarelawan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan kekuatan sebanyak 878 sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar bagi menyantuni mangsa banjir.

KPT turut memberikan bantuan dengan menggerakkan pelbagai aset di IPT bagi memudahkan capaian ke lokasi terjejas dengan menyediakan sebanyak dua buah bot, 24 buah bas, enam buah lori, 15 buah van dan 17 buah kenderaan pacuan empat roda. KPT turut menyediakan kelengkapan tambahan antaranya termasuklah sejumlah 56 unit waterjet, empat buah waterpump, tiga tangki air dan empat generator bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan bangunan awam.

KPT menyatakan bahawa bantuan kepada mangsa banjir ini juga dipanjangkan kepada semua kawasan banjir di Perak dan Perlis.

Dalam kenyataan medianya, KPT dan seluruh warga Kementerian berharap usaha yang digerakkan ini dapat memberikan kelegaan kepada mangsa banjir dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi