Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya: Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peningkatan gaji paling tinggi dalam sejarah bagi penjawat awam dalam perhimpunan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang berlangsung pada pagi tadi.
Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan bersetuju Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Menerusi SSPA, penjawat awam dalam kumpulan pelaksana, pengurusan dan professional bakal menerima kadar peningkatan gaji sebanyak 15 peratus manakala kumpulan pengurusan tertinggi pula menerima peningkatan sebanyak tujuh peratus yang akan dilaksanakan dalam dua peringkat mulai Disember 2024.
Perdana Menteri menyatakan bahawa keputusan penting melibatkan peningkatan kadar gaji baharu penjawat awam ini dilaksanakan oleh kerajaaan sebagai komitmen serius pihak kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi semasa di samping sebagai penghargaan kepada khidmat bakti penjawat awam.
