Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media pada hari ini menyatakan bahawa pihaknya bakal bekerjasama dengan Apple untuk melaksanakan Apple Learning Coach.
Apple Learning Coach merupakan program pensijilan profesional percuma yang melatih jurulatih instruksional dan para pendidik untuk membimbing guru memanfaatkan sepenuhnya teknologi Apple dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut KPM,
Inisiatif ini selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) khususnya bagi Teras 2, yang memberikan keutamaan kepada pemerkasaan kompetensi digital pendidik melalui program pembangunan profesional yang berterusan.
Kenyataan media tersebut turut menyatakan bahawa sebagai permulaan, sebanyak 1500 orang guru terpilih di seluruh negara akan menerima latihan khusus mulai tahun ini.
Peserta Apple Learning Coach akan mengikuti kurikulum dalam talian yang dibimbing oleh Apple Professional Learning Specialists merangkumi modul akses kendiri dan bengkel maya secara langsung selama dua hari.
Pembangunan profesional ini turut menyumbang kepada mata kredit pembelajaran profesional guru.
Program ini sejajar dengan Teras 6 DPD, iaitu bekerjasama dengan syarikat seperti Apple untuk mempercepat pencapaian visi DPD untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing, menerusi peningkatan kemahiran sebanyak 100 000 orang guru menjelang tahun 2027.