Diterbitkan pada 19 Julai 2024, 11:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 akan diumumkan pada 23 Julai 2024.

Menurut MPM, sebanyak 41,548 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2023 yang melibatkan 657 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendaoatkan keputusan tersebut melalui kaedah yang berikut:

Calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta/persendirian individu

  1. Khidmat pesanan ringkas (SMS): STPM<jarak>No. KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.
  2. Secara dalam talian melalui pautan yang disediakan oleh MPM.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi