Diterbitkan pada 16 Julai 2024, 15:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menganjurkan Seminar International Academic Discourse 2024 (IAD2024) – Revitalizing Bumiputera Education in the Muslim World bertempat di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis.

Prof. Madya Dr. Shukor berkata penganjuran seminar ini bertepatan dengan usaha UiTM dalam memastikan graduan dan warga UiTM berbangsa bumiputera menerapkan nilai dan etika Islam dalam menjalani rutin harian dan pekerjaan.

Prof. Madya Dr. Shukor berucap dan merasmikan Seminar IAD2024 di UiTM Cawangan Perlis.

UiTM menganjurkan warganya mengamalkan nilai ESI (Excellence, Sinergy, Integriti) yang merupakan nilai kolektif bersama sebagai sebuah organisasi, manakala pemahaman nilai iDART pula perlu disemai dalam jati diri warga yang merangkumi aspek ilmu, disiplin, amanah, rajin dan tanggungjawab.

“Nilai-nilai ini jika disebatikan dengan ilmu berlandaskan al-Quran dan sunah mampu melahirkan graduan dan warga kerja bumiputera yang berketerampilan tinggi dan unggul.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada dua speaker jemputan yang hadir ke UiTM Cawangan Perlis.

Seminar ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Dr. Shukor Sanim Mohd. Fauzi dan bersaksikan lebih daripada 200 peserta dalam kalangan staf akademik, bukan akademik, mahasiswa dan alumni UiTM.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Prof. Emeritus Dato’ Wira Jamil Osman dan Encik Mustaffa Kamil Ayub yang sudi menerima pelawaan UiTM Cawangan Perlis untuk berucap di IAD2024,” kata beliau.

Tambah beliau,

Semoga kehadiran dua speaker ini mampu menyuntik semangat warga untuk mendalami ilmu pengetahuan Islam dan mempraktikkan nilai dan etika Islam dalam apa jua kerja atau tugasan yang diamanahkan.

Ujar beliau, jatuh bangun umat Islam pada hari ini adalah berdasarkan kekuatan dan kelemahan penghayatan sumber al-Quran dan sunah yang perlu menjadi panduan umat sejagat.

Hadir menyaksikan majlis perasmian Seminar International Academic Discourse 2024 (IAD2024) ialah Pengarah International Institute of Islamic Thought East and South East Asia (IIIT ESEA), Prof. Emeritus Dato‘ Wira Jamil Osman; Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Encik Mustaffa Kamil Ayub; Pegawai Perhubungan UiTM Global, Dr. Mohd Akmal Hashim dan Barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Perlis.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi