Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ialah 4.60 dengan peratusan calon yang layak menerima sijil mencapai angka 93.5 peratus. Sebanyak 11,713 orang calon berjaya memperoleh gred semua A. Keputusan ini disifatkan lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya.
Dari segi kehadiran untuk menduduki peperiksaan, sebanyak 373,525 orang calon (97.4 peratus) telah menduduki peperiksaan SPM 2023. Jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan telah berjaya dikurangkan sebanyak 1.2% berbanding dengan tahun lalu.
Pencapaian ini dikatakan sebagai hasil intervensi yang dilaksanakan di setiap peringkat melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah.
Walaupun begitu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek tetap mengambil perhatian terhadap calon yang tercicir atau tidak hadir peperiksaan SPM 2023. Antara langkah segera yang akan diambil oleh KPM termasuklah membuat pengesanan calon yang tercicir dan memberikan peluang kepada mereka untuk mendaftar bagi menduduki peperiksaan secara ulangan. Intervensi ini telah dilaksanakan pada tahun lalu dan berjaya membuahkan hasil yang
positif.
KPM terus optimis bahawa keputusan membanggakan SPM 2023 adalah pemangkin
dalam usaha berterusan mereformasikan pendidikan negara.