Diterbitkan pada 25 Mac 2024, 08:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan yang dikeluarkan memaklumakan bahawa KPM memandang serius terhadap kes salah laku seksual yang dilaporkan oleh media pada hari ini.

Menurut KPM, kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada.

“KPM juga bersedia memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” ulas KPM.

Tegas KPM,

Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM.

Semua pihak diseru untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

Dalam kenyataan yang sama, KPM menyeru agar semua institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi