Diterbitkan pada 23 Mac 2024, 10:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya.

KPM dalam kenyataannya pada pagi ini menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, pelajar Kolej Vokasional di Sabah yang meninggal dunia semalam, dipercayai akibat buli.

Jelas KPM, kematian mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa dan pihaknya sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama penuh dalam hal ini.

KPM juga menyeru agar semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa berkenaan.

Pada masa yang sama, KPM telah memberikan bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa dan sokongan psikososial turut ditawarkan kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi