Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sedang mewujudkan enam pasukan petugas khas atau “task force” yang turut melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkukuh setiap fokus utama KPM bagi tahun 2024.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Tuan Haji Azman Haji Adnan semasa menyampaikan amanat bersempena dengan pembukaan sesi persekolahan 2024/2025, pada pagi ini di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.
“Titah Diraja KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15, pada 26 Februari 2024, telah menekankan berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, semua urusan rasmi perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya namun pada masa yang sama, pengukuhan dalam bahasa Inggeris juga perlu dilaksanakan melalui inisiatif program yang telah dirancang,” ujar beliau dengan lebih lanjut.
Enam pasukan petugas khas yang diwujudkan oleh KPM ialah:
Beliau berkata, bahagian atau agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui pasukan petugas khas ini adalah selari dengan fungsi masing-masing.
Kredit foto: Mohd Farid Janudin