Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) Tahun 2023 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 11 Mac 2024 (Isnin), pukul 10.00 pagi.
Menerusi kenyataan pada pagi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata,
Sebanyak 3210 orang MBPK dari 725 buah sekolah di seluruh negara yang menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2023/2024 layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2023 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 19 Januari 2024.
KPM memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Tambah KPM pada pagi ini,
SASM ialah cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.