Diterbitkan pada 23 Februari 2024, 13:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami menyampaikan cenderamata kepada DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hotel St. Regis Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan seluruh rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Beta akan terus sentiasa menyokong usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan dan seterusnya bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan di dalam negara dan ke peringkat antarabangsa.

Demikianlah titah baginda selepas berkenan menerima menghadap YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Februari 2024 di Hotel St. Regis Kuala Lumpur.

Dalam majlis menghadap tersebut, Dr. Hazami mengangkat sembah maklum berhubung dengan pelaksanaan kegiatan bahasa dan sastera di negeri Perlis pada tahun 2024.

Turut bersama-sama dalam majlis menghadap Tuanku ialah Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera dan Puan Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi