Diterbitkan pada 23 Februari 2024, 08:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan kuasa kepada perwakilan Sarawak untuk mengatasi isu pendidikan yang berbangkit di Sarawak.

KPM berkata,

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak diberi kuasa untuk meluluskan projek dan program yang dibiayai oleh kerajaan Sarawak

Perkara ini tertakluk kepada garis panduan yang sedang berkuat kuasa.

Menerusi kenyataan pada pagi ini, KPM memaklumkan bahawa beberapa agenda penting dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP).

Agenda utama ialah penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Jelas KPM,

Antara keputusan penting, termasuklah persetujuan memberikan perwakilan kuasa meluluskan projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana pihak lain, selain Kerajaan Persekutuan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak.

Mesyuarat JTBPP Negeri Sarawak telah dilangsungkan di Kuching semalam,

Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Mengulas lanjut, JTBPP Negeri Sarawak itu diwujudkan sebagai langkah proaktif dalam memastikan pendidikan negeri itu terus dipertingkatkan demi manfaat semua.

Perkara ini selaras dengan saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Negeri Sarawak dan Sabah.

Sumber foto: KPM

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi