Diterbitkan pada 21 Februari 2024, 08:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada pukul 4.40 pagi, hari ini.

Kuala Lumpur – Mantan Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud atau lebih dikenali sebagai Tun Taib meninggal dunia di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur pada hari ini.

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun, pada pukul 4.40 pagi tadi.

Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada pencipta-Nya kira-kira pukul 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah.

Menerusi laman Facebook rasminya, beliau memaklumkan bahawa pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak.

Ujar beliau,

Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi