Diterbitkan pada 19 Februari 2024, 18:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi untuk memperkasa kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Menurut KPM, SiPP yang dilancarkan pada 7 Februari lalu, merupakan kemudahan kepada golongan pendidik untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber pembelajaran melalui peranti masing-masing secara dalam talian atau luar talian.

Platform ini memberikan manfaat kepada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan, termasuklah 15,000 e-book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.

SiPP boleh dilayari melalui Modul Individu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dengan kekunci masuk menggunakan ID Guru Malaysia.

Jelas KPM,

PPP berpeluang mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabagsa seperti Microsoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP setelah melengkapkan modul pembelajaran.

Mengulas lanjut, KPM memaklumkan bahawa sistem tersebut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk membantu mengesan kecenderungan pengguna dengan memberikan cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.

Pada masa yang sama, KPM dalam kenyataan medianya pada hari ini berkata,

Menerusi penggunaan SiPP, PPP akan dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi