Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama-sama rakan sinergi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) komited menangani isu kekurangan guru di sekolah seluruh negara.
Sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak cukup signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa.
Lonjakan penambahan bilangan guru ini adalah komitmen besar Kerajaan Madani dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara.
Menurut KPM dalam kenyataan pada hari ini, pengambilan sebanyak 6315 orang graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara COS (pelantikan secara kontrak) seperti yang diumumkan oleh SPP.
Jelas KPM lagi,
Pelaksanaan pelantikan ini merupakan cerminan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi.
Terdahulu, sepanjang tahun 2023, seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik. Selain itu, seramai 9,155 orang guru telah ditempatkan di sekolah rendah, manakala seramai 9,637 orang guru di sekolah menengah.