Diterbitkan pada 24 Januari 2024, 22:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Reformasi pendidikan sangat signifikan dalam menjamin akses, pendidikan yang berkualiti dan intervensi awal bagi menangani keciciran di peringkat prasekolah.

Sistem pendidikan prasekolah akan diselaraskan di bawah KPM bagi memastikan kualiti pendidikan negara terus dimartabatkan.

Susulan daripada ucapan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim kelmarin dan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik dalam menetapkan semua sistem pendidikan prasekolah di bawah KPM.

KPM memaklumkan bahawa perkara ini adalah selaras dengan agenda reformasi pendidikan yang sedang diterajui oleh KPM, khususnya dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

Menurut KPM,

Susul tindak telah disegerakan dengan pelibatan semua ketua jabatan dan bahagian dalam mesyuarat Pascakabinet KPM pada hari ini.

Mekanisme dan garis masa bagi peralihan struktur baharu ini akan diperincikan dalam tempoh terdekat bersama-sama kementerian yang terlibat serta pemegang taruh dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Terdahulu, pada 22 Januari yang lalu, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menggesa supaya sistem pendidikan prasekolah di negara ini dikaji semula bagi mengelakkan kesenjangan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Perdana Menteri, prasekolah yang dikendalikan KPM perlu menyediakan kemudahan tambahan secara menyeluruh, biarpun kerajaan terpaksa berhadapan dengan kos perbelanjaan baharu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi