Diterbitkan pada 11 Januari 2024, 10:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini menyatakan keprihatinan terhadap kesukaran yang dihadapi oleh guru berkaitan dengan penggunaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).

SPPB merupakan sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.

Pemantauan bagi pengoperasian SPPB dilaksanakan menerusi aplikasi Application Performance Monitoring (APM) secara berterusan dan hasil pemantauan mendapati terdapat peningkatan akses pengguna sehingga sistem keseluruhan menjadi perlahan.

KPM telah mengambil beberapa langkah penting bagi meningkatkan pengoperasian SPPB, termasuk dengan menambah baik dan mengoptimumkan kod pengaturcaraan, meningkatkan kapasiti server dan melaksanakan tuning konfigurasi server.

Menerusi kenyataan media yang sama, KPM sentiasa berusaha meningkatkan pengoperasian sistem SPPB untuk membantu memudahkan tugas guru, selain memastikan kebajikan guru sentiasa terpelihara.

Pertanyaan dan aduan berkaitan dengan SPPB boleh dibuat melalui:
03-888 43632 atau ICT Service Desk

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi