Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPetaling Jaya – Mantan Editor majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Mohd Noor Yusof, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Noor Azam, berusia 90 tahun, meninggal dunia pada pagi tadi di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selangor, pada pukul 2.30 petang ini.
Selain pernah menjadi Editor Dewan Masyarakat, Dato’ Mohd Noor Yusof yang terkenal dengan perspektif “tajamnya” dalam menyuarakan pelbagai pandangan mengenai isu semasa negara, pernah berkhidmat dengan Perdana Menteri (ketika itu), Tun Mahathir Mohamad, sebagai Setiausaha Politik.
Dalam dunia penulisan, Dato’ Mohd Noor Yusof telah menghasilkan beberapa buah buku, antaranya termasuklah Perspektif 1969 – 1979 dan Persepektif 2: Sosial-Politik, Agama & Pentadbiran yang merupakan buku terbitan DBP.

Selain itu, Dato’ Mohd Noor Yusof juga antara kolumnis akhbar tempatan yang sentiasa berkongsi pandangannya dalam menyingkap perkembangan isu semasa khususnya dalam bidang sosiopolitik. Sesungguhnya pemergian Allahyarham Dato’ Mohd Noor Yusof merupakan kehilangan yang besar buat negara. Al-Fatihah.