Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuching – Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerusi siaran media yang dikeluarkan pada hari ini menzahirkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana telah menempatkan sebanyak 1,108 orang guru baharu di Sarawak yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan universiti swasta.
Sebanyak 422 orang guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala sebanyak 686 orang guru ditempatkan di sekolah menengah yang berkuat kuasa pada 28 Disember 2023.
Menerusi kenyataan media tersebut, JPNS turut menyatakan penghargaan atas sokongan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di negeri tersebut.