Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJurufoto: Mohd Farid Janudin
Putrajaya – Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan kabinet pimpinan beliau pada 12 Disember 2023.
Rombakan kabinet tersebut turut melibatkan barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu YB Wong Kah Woh telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan yang baharu bagi menggantikan YB Lim Hui Ying yang telah bertukar portfolio menjadi Timbalan Menteri Kewangan.
KPM melalui kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini turut menyatakan harapan agar lantikan baharu ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara, selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri.

YB Wong Kah Woh memulakan tugas rasminya pada hari ini di KPM dengan mengimbas kad perakam waktu pada petang tadi sebagai simbolik memulakan tugas rasmi beliau di kementerian tersebut yang turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan pengurusan tertinggi KPM.
YB Wong Kah Woh merupakan Ahli Parlimen Taiping dan juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi tahun 2020 hingga tahun 2022.