Diterbitkan pada 22 November 2023, 19:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan jaminan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.

Dalam kenyataan media pada petang ini, KPM mengambil perhatian yang serius terhadap ancaman keselamatan yang berlaku di beberapa buah sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat.

Oleh hal yang demikian, KPM telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan jaminan keselamatan pada semua institusi pendidikan, khususnya di bawah kelolaannya.

Semua institusi pendidikan KPM diminta untuk mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Sebarang ancaman keselamatan perlu dilaporkan segera.

Setiap institusi pendidikan juga perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi