Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKangar – “Pendidikan harus menjadi pemangkin kepada komuniti Perlis yang lestari dan produktif berdasarkan minda, solusi dan pemikiran aras tinggi”.
Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra sewaktu mencemar duli berangkat bagi menyempurnakan perasmian Majlis Penutupan Simpsosium Pendidikan Eksklusif Era Digitalisasi (SPEED) di Hotel Seri Malaysia, Kangar, sebentar tadi.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menjayakan memorandum persefahaman (MoU) dengan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (FCoEE) pada hari ini.
FCoEE ditubuhkan sebagai pemegang taruh amanah dan hasrat Jawatankuasa Pelajaran Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam pembangunan serta perubahan gaya fikir melalui pendidikan.
MAIPs melalui Jawatankuasa Pelajaran ingin mengambil peluang untuk bergabung tenaga bagi membangunkan kembali kecemerlangan pendidikan di Perlis melalui agihan holistik MAIPs. FCoEE juga ditempatkan di bawah penempatan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).
Turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut ialah Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Syukri Ramli; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah Mohd Yusoff; mantan Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran; Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Tuan Haji Razali Che Mat; serta Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Puan Sylee Riza Arif.