Diterbitkan pada 16 Oktober 2023, 18:00
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang| Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.
Keputusan KPM untuk menarik diri itu diambil selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel. KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin kerana jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Keputusan yang diambil oleh KPM itu adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.
|