Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2023 telah dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina Sidek yang berlangsung di Putrajaya semalam.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan; 13 orang YB Exco Pendidikan Negeri dan anggota pengurusan tertinggi KPM.

Mesyuarat ini membuka ruang untuk ahli mesyuarat dalam kalangan Exco Pendidikan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan perkembangan pendidikan yang melibatkan dasar pendidikan negara terkini.

Mesyuarat ini turut memberikan peluang kepada YB Exco untuk mengutarakan perkara tertentu berkaitan dengan pendidikan di negeri masing-masing secara spesifik.
Sementara itu, komunikasi antara KPM dengan pemegang taruh, termasuk YB Exco Pendidikan negeri seluruh negara menjadi lebih cekap dan telus dengan pelaksanaan MJEPN Bilangan 1 Tahun 2023 ini.
Menurut YB Fadhlina Sidek, KPM komited dalam meningkatkan kualiti pendidikan di setiap peringkat terutamanya yang melibatkan kesaksamaan ekuiti dan akses pendidikan untuk semua murid.
Menurut YB lagi, pendidikan berkualiti merupakan milik semua tanpa mengira kaum, agama atau politik.
Foto: Pautan Siaran Media Kementerian Pendidikan Malaysia