Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangGelugor – Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) bersama-sama Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan program “Certified Professional in Integrity Assurance and Management” (CPIAM) di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Pengurusan USM pada pagi ini.

CPIAM disediakan bagi mengukuhkan kompetensi dan kemahiran pengamal serta pengurus integriti bagi memenuhi keperluan semasa dalam pengurusan dan pembudayaan integriti secara lebih efektif.
Program kolaborasi ACeIO-USM ini dijadualkan bermula pada 2 September 2023 dan berakhir pada 29 Oktober 2023 merangkumi lapan modul kursus yang dilaksanakan pada setiap Sabtu dan Ahad.
Pengambilan pertama peserta bagi program ini adalah melibatkan 30 orang yang terdiri daripada pengamal dan pegawai integriti daripada pelbagai sektor serta industri tanah air.
Menerusi program ini, peserta diberikan pilihan untuk mengikuti program secara fizikal di Pusat Pengajian Pengurusan Kampus Induk USM Pulau Pinang atau secara dalam talian (Webex) mengikut kesesuaian masing-masing.
Program ini diharapkan dapat menjadi wadah tambahan dalam agenda pembudayaan integriti dan antirasuah nasional.
Tahniah ACeIO dan USM atas pelancaran CPIAM.