Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat, laporan dan tindakan berkaitan dengan buli dan gangguan seksual di sekolah kepada KPM.
Dalam kenyataan pada hari ini, KPM menetapkan tempoh pengurusan dan penyelesaian mengenai isu tersebut adalah pada kadar 1:3:7 (hari).
Tiada kompromi kepada kes buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan bawah KPM.
Terdapat tiga saluran yang boleh digunakan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan kes buli dan gangguan seksual yang berlaku.
Saluran boleh dilakukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Portal Aduan Buli KPM, atau e-mel adubuli@moe.gov.my.
Garis panduan menangani buli dan gangguan seksual serta Peraturan Disiplin Murid yang baharu akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menggantikan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).
Oleh itu, KPM menyeru kerjasama dan komitmen daripada semua pihak termasuklah ibu bapa, pentadbir institusi pendidikan, guru, media, rakan korporat dan seluruh anggota masyarakat untuk sama-sama terlibat secara langsung atau tidak langsung memerangi isu buli dan gangguan seksual.
Rekod penyelesaian aduan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan menunjukkan lebih 90 peratus kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari.