Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJurufoto: Khairul Azhar Baharuddin
George Town – Setelah Pakatan Harapan berjaya memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 40 kerusi yang dipertandingkan, maka Pakatan Harapan atau Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang berjaya membentuk kerajaan negeri bagi penggal ini.
Kemenangan tersebut sekali gus menoktahkan persoalan berkaitan dengan kemampuan Kerajaan Perpaduan yang merupakan gabungan antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRN-15) Pulau Pinang.
Sebagai parti yang memperoleh kerusi yang tertinggi dalam PH, Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mencalonkan YB Chow Kon Yeow, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang terdahulu sebagai Ketua Menteri negeri tersebut bagi penggal baharu.

YB Chow Kon Yeow telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Tuan Yang Terutama (TY) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dalam Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Surat Sumpah Rahsia Ketua Menteri yang diadakan di Seri Mutiara pada pagi hari ini.
YB Chow Kon Yeow dalam PRN-15 Pulau Pinang telah berjaya memperoleh 8261 undi, sekali gus menewaskan H’ng Khoon Leng daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya memperoleh 1145 undi.