Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India tidak terlepas untuk membuang undi pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 kali ini.

Jurufoto: Mohd Farid Janudin

Kuala Lumpur –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui laman web rasminya melaporkan peratusan pengundi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ialah 50 peratus setakat pukul 1.00 tengah hari.

Terengganu terus merekodkan peratusan yang tertinggi, iaitu sebanyak 50 peratus, diikuti dengan Kedah, 49 peratus, manakala Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan, masing-masing 46 peratus, 44 peratus, 42 peratus dan 40 peratus.

Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, sebanyak 47 peratus pengundi keluar mengundi.

Menurut Daftar Pemilih yang dikemas kini SPR, sebanyak 9 773 571 orang pemilih yang layak mengundi pada PRN-15. Mereka terdiri daripada 9 674 456 pengundi biasa, 49 660 anggota tentera serta pasangan, 47 728 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA), dan 1727 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi