Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKajang – Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian International Conference on Language, Education and Tourism (ICLET) 2023 secara digital yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui “Kursi Jamalullail” yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos yang lalu.
Dalam era ini, kita semua perlu memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan dan berwibawa untuk mencapai kualiti hidup yang terbaik. Sumbangan ilmu dan kepakaran daripada ahli akademik, penyelidik, pengamal industri, dan juga pelajar amat diperlukan untuk kemajuan masyarakat dan negara. Hal ini penting untuk kelestarian pertumbuhan intelek dengan bekerjasama antara satu sama lain.
Secara khususnya, persidangan yang diadakan di Kampus IIUM Pagoh, Johor ini membincangkan Diversiti dan Transformasi Bahasa, Pendidikan dan Pelancongan ke Arah Masyarakat Mampan.
Titah DYMM Tuanku lagi,
Dalam menggalakkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Institusi Pengajian Tinggi memainkan peranan penting dalam pendidikan ke arah pembangunan mampan untuk melahirkan generasi masa depan yang mampu memastikan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Kita boleh mencapai matlamat ini melalui perbincangan, penyelidikan dan persidangan yang memberi tumpuan kepada strategi dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pembangunan masyarakat dan negara.
Tuanku juga menzahirkan harapan agar perbincangan dan perbahasan yang dijalankan oleh para pembentang dalam persidangan tersebut dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang kepentingan memahami dan menghargai kepelbagaian ilmu, penyelidikan dan perbahasan.