Diterbitkan pada 11 Ogos 2023, 19:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jurufoto: Muhammad Adib Zulkifli

Kelantan – Gabungan kepimpinan baharu Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung esok merupakan agamawan dan tokoh teknokrat yang tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata demikian dalam sidang media khas yang disiarkan di laman Facebook PAS.

Menurut beliau, gabungan jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang akan ditawarkan selepas PRN kelak tidak dinamakan setakat ini bagi menghormati mandat rakyat dan kuasa mutlak Sultan Kelantan dalam hal pelantikan Menteri Besar Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Tambah beliau, Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Kedah dicadangkan untuk dikekalkan jawatan tersebut yang tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan bagi kedua-dua negeri tersebut.

Keputusan tersebut dicapai hasil Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 10 Ogos 2023 di Rusila, Terengganu, yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berjanji akan membawa perubahan kepimpinan kerajaan negeri sekiranya Perikatan Nasional terus diberi mandat oleh pengundi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi