Sungai Petani – Program Advokasi Pencegahan Kemalangan dan Promosi Kesihatan anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mempunyai objektif cukup istimewa bagi meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja terhadap pentingnya amalan budaya pencegahan kemalangan di jalan Raya.
Mustapha Sukmud (dua kiri) turut menyampaikan watikah Keselamatan Pencegahan Kemalangan kepada majikan yang turut hadir pada program tersebut.
Program berlangsung di Pasar Raya Lotus’s Sungai Petani Selatan, Kedah telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sukmud bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, YBhg. Datuk Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, perkara Ini perlu diberikan perhatian serius oleh pihak majikan dan pekerja kerana kemalangan jalan raya melibatkan pencarum Perkeso terus meningkat setiap tahun.
Berbanding dengan tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 38% pada tahun 2022 daripada 23,894 kes kepada 32,976 kes di mana kematian direkodkan pada tahun 2022 sebanyak 651 kes akibat kemalangan ketika perjalanan manakala hanya 281 kes dicatatkan akibat kecelakaan di tempat kerja.
Menurutnya, dengan adanya program seumpama ini, pihak majikan, termasuk kilang di seluruh negara boleh menjalankan pelbagai aktiviti kempen kesedaran bagi menurunkan kadar kemalangan di tempat kerja masing-masing.
Program pencegahan kemalangan dilaksanakan ini adalah amat bertepatan dan wajar disokong sepenuhnya. Pekerja merupakan aset penting kepada pembangunan negara.
Di samping itu, Mohammed Azman berkata, tahap kesihatan pekerja pula, analisis saringan kesihatan yang dijalankan Perkeso mendapati 42% pekerja mengalami masalah obesiti (kegemukan), 14.1% pekerja menghidap kencing manis, manakala 27.91% menghidap darah tinggi dan 61.2% daripada mereka mempunyai masalah kolestrol tinggi.
Tambah beliau lagi,
Semua pekerja disaran mengambil peluang menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan Perkeso secara percuma mulai 16 Mei 2023. Program Saringan Kesihatan Perkeso yang dijalankan ini dapat membantu pekerja untuk mengesan lebih awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan kanser.
Sebanyak tujuh orang majikan bergambar kenangan setelah menerima Watikah Keselamatan Pencegahan Kemalangan di Lotus’s Stores Sungai Petani, Kedah.
Turut hadir Ketua Bahagian Pencegahan Perubatan dan Pemulihan Perkeso Malaysia, Dr Azlan Darus dan Pengarah Perkeso Negeri Kedah, Rafidah Abdul Rahman dan Pengurus Besar Lotus’s Sungai Petani Selatan, YBrs. Vijayakumaran a/l Rashandran.