Diterbitkan pada 29 Julai 2023, 17:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Dua orang warga emas mendaftarkan nama untuk menjadi calon bagi mewakili Parti Perikatan Nasional (PN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) di Pusat Penamaan Calon yang berlangsung di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid (DEKSAH) Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Yang Dipertua PAS kawasan Sungai Petani, Sharir Long, 69 tahun, berkata bahawa usia tidak menjadi penghalang dan kali ini merupakan kali kedua beliau masuk bertanding termasuk PRU-15 yang lalu bagi Parlimen Sungai Petani.

Dalam politik semua calon terpaksa beradu nasib dan kalau ada rezeki boleh menang mudah.

Beliau ditentang oleh calon N27 Barisan Nasional (BN), Wan Mohalina Wan Mohamad, 53 tahun, iaitu seorang bekas pelajar jurusan Perakaunan dan Pengurusan Kewangan University of Essex, United Kingdom.

Seorang lagi calon warga emas, Tan Kee Chye, 68 tahun, daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) N28 Bakar Arang berkata bahawa beliau pernah bertanding mewakili parti tersebut pada tahun 2018.

Kali ini masuk lagi bertanding dan harap dapat undi yang lebih banyak dari calon lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Beliau ditentang oleh Adam Loh Wei Chai, 35 tahun, daripada Pakatan Harapan (PH) dan Raymond Tai Kuang Tee, 44 tahun, daripada Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman mengenai keputusan pertandingan dua calon tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan Pantai Merdeka, Mohd Zahir Salleh dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan Bakar Arang, Datuk Mohamad Arof.

Sharir Long (tiga dari kanan) dan Tan Kee Chai (kanan) bergambar kenang-kenangan dengan calon daripada parti lain bersama-sama Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri (PRN) Pantai Merdeka dan Bakar Arang.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi