Diterbitkan pada 28 Julai 2023, 19:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan pemimpin agar bersifat fleksibel dalam sesebuah organisasi khususnya pada peringkat pentadbiran tertinggi.

Jadilah, pemimpin yang lebih bersifat fleksibel, iaitu golongan yang mampu berkongsi dan menerima pendapat kakitangan, sebagai mentor yang sedia membantu apabila diperlukan, sebagai guru, penyokong dan juga sebagai pendengar aktif terhadap sebarang idea dan masalah yang dihadapi.

Menurut baginda, suasana pekerjaan yang kondusif secara tidak langsung dapat memberikan semangat dan motivasi kepada pekerja untuk menjalankan tugas masing-masing dengan lebih baik, dan sekali gus menghasilkan organisasi yang mampan.

‘Sense of belonging to the organisation’ dalam diri individu itu pula akan bertapak sedikit demi sedikit disebabkan oleh persekitaran pekerjaan yang sihat serta akan menggalakkan pekerja untuk bekerja dengan ikhlas dan terus menaburkan bakti kepada organisasi.

Tidak timbul pula soal pekerja yang mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan kelak akan berhijrah ke organisasi lain dan persepsi sebegini perlulah dibuang daripada pemikiran untuk memastikan kita semua terus berjaya dan melangkah ke hadapan.

Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan kepada 70 orang penerima dalam kalangan asnaf di di Masjid Ali-Imran, Ulu Pauh, hari ini.

Demikianlah titah Raja Muda Perlis selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Sebanyak RM700 diberikan kepada 70 orang penerima dalam kalangan asnaf terpilih dari Kariah Arau 1 yang diadakan di Masjid Ali-Imran, Ulu Pauh, ini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Dalam perkembangan lain, turut berlangsung program pemeriksaan kesihatan untuk golongan asnaf yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dengan kerjasama MAIPs. Pemeriksaan kesihatan ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada semua anggota masyarakat yang hadir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs tidak melepaskan peluang untuk menyantuni rakyat serta menunaikan solat asar secara berjemaah di masjid berkenaan.

Raja Muda Perlis turut berpesan,

Wang sumbangan bantuan MAIPs yang diberikan haruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi