Diterbitkan pada 28 Julai 2023, 15:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited untuk menyelesaikan isu bangunan sekolah daif di seluruh negara seperti terkandung dalam tujuh teras KPM.

Menerusi hantaran dalam Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, komitmen kerajaan untuk menoktahkan isu sekolah daif diteruskan lagi dalam Rolling Plan 2023.

Rolling Plan 2023 memperuntukkan sebanyak RM923.97 juta bagi pelaksanaan 417 projek baharu dan sambungan di seluruh negara.

Seperti yang sentiasa ditekankan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, usaha untuk menyelenggara dan menaik taraf bangunan daif di sekolah sentiasa menjadi keutamaan KPM demi mencapai hasrat akses pendidikan yang berkualiti.

Usaha KPM untuk menambah baik akses dan fasiliti pendidikan di Sabah dan Sarawak dibuktikan menerusi pelaksanaan 327 projek pembangunan bangunan daif di sekolah atau 78% daripada keseluruhan projek yang telah diluluskan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan pada tahun 2023.

Untuk rekod, dari tahun 2016 hingga tahun 2023, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.5 bilion bagi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang melibatkan 1002 projek di seluruh negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi