Diterbitkan pada 23 Julai 2023, 20:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Alor Setar – Sebanyak 6694 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2022 menerima ijazah  bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-35 berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.
        Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4545 terdiri daripada graduan Sarjana Muda, sebanyak 1198 merupakan graduan Pendidikan Jarak Jauh manakala sebanyak 951 merupakan graduan pascasiswazah yang terdiri daripada graduan Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Falsafah Pengurusan, Doktor Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana.
Sebanyak 6314 merupakan graduan tempatan dan sebanyak 380 orang lagi merupakan graduan antarabangsa.
         Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Tuanku Canselor berkenan mengisytiharkan sesi pertama dan mengurniakan ijazah di majlis konvokesyen tersebut.
Wong Wei Jie, Ahmad Afiq Iqmal Ahmad Said dan Farah Ilyana Mohd Anuar (kanan) masing-masing bergambar bersama-sama anugerah yang diterima sempena konvokesyen yang berlangsung tersebut.
          Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata,  UUM kali ini turut meraikan sebanyak 944 graduan Sarjana Muda yang menerima Ijazah Kelas Pertama, selain Anugerah Pelajaran Diraja yang dianugerahkan kepada Ahmad Afiq Iqmal Ahmad Saidi, graduan Sarjana Muda Sains (Sains Pemutusan) dan Wong Wei Jie, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Bagi Anugerah Pingat Emas Canselor dianugerahkan kepada Farah Ilyana Mohd Anuar, graduan Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan.
         Sesi pertama konvokesyen pada hari ini turut menyaksikan sebanyak 82 graduan menerima ijazah masing-masing yang disampaikan oleh Tuanku Canselor dengan melibatkan sebanyak 22 graduan Doktor Pentadbiran Perniagaan, dua graduan Doktor Pengurusan, 16 graduan Sarjanadan tiga penerima anugerah utama universiti iaitu dua Anugerah Pelajaran Diraja  dan satu Pingat Emas Canselor serta sebanyak 35 penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik.
        Penerima Anugerah Pelajaran Diraja menerima wang tunai RM7500 beserta sijil, manakala penerima Pingat Emas Canselor menerima tunai RM4000 berserta sijil.
        Selain itu, pada sesi pertama majlis juga turut mempunyai upacara pengurniaan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) – dwi ijazah kepada enam graduan.
Tambah Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan,
Di samping itu, UUM turut meraikan graduan Doktor Pentadbiran Perniagaan, Mohd Tahir Ahmad setelah berusia 86 tahun dari Negeri Sembilan. Semoga anugerah diterima itu akan menjadi satu kenangan manis.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi