Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKepala Batas – “Nenek moyang berjaya membentuk negara yang aman dan damai, manakala rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan perpaduan,” kata Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Tuan Rosmin Yaakob semasa Program Konvoi Kembara Merdeka Kibar Jalur Gemilang 2023 di Pekarangan Masjid Al-Hidayah Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kira-kira sebanyak 1000 orang penduduk tempatan menyamput ketibaan 66 orang peserta kembara di situ sekitar pada pukul 4.45 petang dari Institut Kemahiran Mara (IKM) Ara Kuda, Tasek Gelugur sebelum menuju ke Pusat Bisik-Bisik Kuala Muda.
Menurut Tuan Rosmin Yaakob, kehidupan masyarakat akan menjadi lebih bermakna jika rakyat berbaik sangka dan berjiwa patriotik dalam mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos kelak.
Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang, Encik Sabri Said merangkap ketua Konvoi Peringkat Negeri Pulau Pinang berkata, sebanyak 14 buah kereta dan 11 buah motosikal berkuasa tinggi berpeluang tiba ke Pusat Bisik-Bisik Ikan yang popular di negara ini, masing-masing terletak di Kuala Sungai Muda.
“Sempena program, penduduk tempatan dapat juga membeli pelbagai barang keperluan rumah dengan harga lebih murah apabila Jualan Rahmah dilakukan.”
Turut hadir melakukan upacara pelepasan peserta konvoi kembara itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Fuziah Salleh.