Diterbitkan pada 17 Julai 2023, 15:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Pertandingan Kuiz Keusahawanan Muda 2023 anjuran Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Institut Perubatan Sains dan Teknologi Asia (AIMST) mendapat sambutan apabila seramai 15 pelajar sekolah menengah aliran sastera di negeri Kedah dan Pulau Pinang menyertainya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), Hasnizam Zakaria ketika merasmikan pertandingan itu berkata, usaha melahirkan lebih ramai pelajar yang cerdik dalam ilmu keusahawanan bakal menjadi kenyataan.

JPN sentiasa membuka ruang untuk pelajar berjaya dalam setiap bidang, jika dalam bidang keusahawanan, mereka perlu ada ilmu tambahan mengenainya.

Penolong profesor fakulti itu, D. Barathy berkata, melalui program begini, pelajar-pelajar berjaya menunjukkan bakat dan boleh menyesuaikan diri di mana-mana sahaja untuk mencapai kejayaan hidup masing-masing.

Kata beliau,

Program ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang kompetitif dan berdaya maju.

Dalam pertandingan itu, Nur Izzah Afiqah Shafri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jalan Sultanah Alor Setar mendapat tempat pertama, manakala tempat kedua ialah Mohamad Abid Ahmad Jafri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Karangan, Kulim dan tempat ketiga ialah Aravind a/l Gunalan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong, Sungai Petani.

Turut hadir menyaksikan pertandingan itu ialah Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid JPN Pulau Pinang, Chen Thean Hock, Timbalan Naib Cancelor Universiti AIMST, Prof. Madya Kanan Dr. Kathiresan V. Sathasivan dan Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti AIMST, Dr. Arunagiri Shanmugam.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi