Diterbitkan pada 16 Julai 2023, 23:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Sungai Petani – “Nilai yang baik harus terus diperkenalkan kepada pelajar supaya mereka mempunyai keperibadian diri yang tinggi,” jelas Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, YBrs. Dr. Nor Azrina Mohd Yusoff  sewaktu merasmikan Program Semarak Siswa Madani 2023 di Dewan Koperasi Desa Lestari, Kampung Bujang, Kedah.
Penduduk setempat turut memberikan kerjasama menjayakan Program Semarak Siswa Madani 2023 di Dewan Koperasi Desa Lestari, Kampung Bujang, Kedah.
Antara peserta yang menyertai Program Semarak Siswa Madani 2023, termasuklah 200 orang kakitangan UiTM Cawangan Kedah, 100 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Muzzaffar Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok, Maktab Mahmud Merbok, SMK Seri Badong, SMK Sungai Layar dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Sungai Petani.
YBrs. Dr. Nor Azrina Mohd Yusoff menyampai cenderahati kepada YBhg. Mejar (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 

 

 

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Kedah, YBrs. Dr. Nor Azrina Mohd Yusoff berkata, pelbagai aktiviti telah diadakan di kampung tersebut, antaranya termasuklah bengkel seni, kelas memasak makanan sihat, bengkel usahawan digital, klinik futsal dan aktiviti bergotong-royong.
Menurut beliau lagi,
Program seumpama ini dapat mengajar pelajar mengenai kemanisan hidup bermasyarakat.
Selain itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Mejar (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika merasmikan program itu berkata, semua pihak perlulah bekerjasama dalam menjayakan apa-apa jua program untuk menambahkan lagi kebaikan dalam kalangan masyarakat.
Ahli Pertubuhan Silat Warisan Pustaka Kampung Bujang turut membuat persembahan.
Dua orang penduduk, Mohd Amin Ali (kanan) dan Mohd Nor Iqmal Zainol membuat pertunjukan Seni Silat Jawi Betawi.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi