Diterbitkan pada 14 Julai 2023, 09:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menerima sembah mengadap oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang (YDPN), Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak dan isterinya, Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Mohd Nor di Istana Perlis Kuala Lumpur semalam.

Berangkat sama ialah Pemangku Raja Perlis Raja Muda, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan isteri.

Raja Perlis menerima kunjungan sembah menghadap di Istana Perlis Kuala Lumpur pada petang semalam.

Sebelum itu, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis berserta Tuanku Pemangku Raja turut berkenan menerima kunjungan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid juga di Istana Perlis Kuala Lumpur pada petang semalam.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi